Tidak seperti hari² lain, hari sabtu & ahad amat di nantikn oleh para pencinta bola sepak dengan penuh debaran, resah dan gelisah. Ini semua krn menantikn perlawanan² bola liga² utama eropah spt ELP, Serie A, Ligue 1, Bundesliga dan La Liga. Ketar kaki tgn tgk Barcalona, Real Madrid, Chelsea, ManU, Inter, AC Milan dan sbg nya beraksi. Kdai² mamak, warung² full meja smpi ke tgh jln. Alangkah baiknya jika penantian bulan Ramadhan al-Mubarak disambut ketibaannya sedemikian juga.
Wahai Muslimin n Muslimat! Ingatlah bahawa Sang Kuffar Barat masih belum puas menyembelih umat Islam atas nama perang melawan keganasan. Tgk di Palestin, Iraq, Afganistan. Mereka tidak akan berhenti selagi seluruh kaum Muslimin, terutamanya penguasa-penguasanya tidak ’menyembah’ mereka. Dalam keghairahan kita dgn bola, kita mesti egt bahawa umat Islam tetap menjadi perhitungan utama Barat. Persiapan menghadapi kaum Muslimin tidak pernah hilang dari pertimbangan Barat. Perang Melawan Keganasan/Islam tidak mengenal tempat dan masa. Mereka sentiasa ingat akan agenda mereka untuk memburuk dan menghapuskan Islam. Bagaimana pula dengan umat Islam? Umat Islam sebaliknya telah leka dengan pesona dunia, terpukau dengan sebiji bola yang ditendang ke sana-sini dan dikejar oleh 22 orang manusia kt atas sbuah pdang.
Let us see the unseen history of football first before aku start bebel blik..(",) Kisahnye aku dr mykhalifah.com.
Sejarah Kelam Bola Sepak
Sejarah bola sepak bermula sejak daripada zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.
Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.
Pada 1815, sekolah terulung di Britain, Eton College telah memperkenalkan peraturan baru yang kemudiannya telah diikuti oleh semua sekolah dan Universiti di England. Idea ini kemudian telah dikembangkan oleh beberapa kelab bola sepak di London untuk menetapkan peraturan-peraturan baru tersebut di dalam permainan bola sepak. Ini membawa kepada mesyuarat bola sepak pertama di England pada 26 Oktober 1863 di sebuah Ibu pejabat Freemason yang terletak di Great Queen Street, London. Mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Bola Sepak British. Sejak itu, pertandingan bola sepak mula diadakan di pelbagai peringkat.
Sehinggalah ke hari ini. England menjadi pusat pertandingan liga bola sepak yang terunggul di dunia. Hampir setiap pemain mengimpikan untuk bermain di sana. Apa tidaknya, di sinilah tempat kegemilangan, kecemerlangan dan keterbilangan bola sepak dunia. Tambahan lagi, negara ini pernah menjadi ’tuan’ kepada banyak negara lain, termasuklah Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika negara ini cukup menarik perhatian ramai pemain mahupun peminat bolasepak, termasuk di tanahair. Yang hairannya, kaum Muslimin semacam lupa bahawa inilah negara pembunuh kedua terbesar umat Islam, selepas AS. Negara penyokong kuat AS dan senantiasa menanti peluang untuk menyembelih umat Islam.

Dgn gaya mempersonakan, skill, dribbling, finishing, merupakan aksi yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para kaki bola. Penglihatan seolah-olah telah ‘digam’ di kaca TV ataupun skrin lebar. Hanya wisel separuh masa dan penamat sahaja yang dapat ‘menanggalkannya’. Bukan hanya seorang, tetapi berjuta-juta peminat terpukau dek pesona aksi bintang-bintang pujaan masing-masing. ’Benda bulat itu’ tidak mengenal manusia, muda atau tua, miskin atau kaya, hina atau mulia, yang berkulit hitam ataupun sawa, mereka akan setia menunggu setiap perlawanan, tidak kira apa waktunya. Kesungguhan berjaga dan bangun malam ini amat menakjubkan! Alangkah baiknya jika senantiasa diamalkan oleh kaum Muslimin untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Rabbnya.
’Aura’ bola sepak ni sgt berbeza n more powerfull then aura ’Akademi Fantasia’ ataupun ‘Raja lawak Astro’ etc. Ia seolah-olah telah berjaya meletakkan dunia di bawah pengaruhnya dengan pesona aksi pemain. Pemain-pemain ini tidak memerlukan mentera keramat untuk memukau. Mrk juga tidak perlu berada di hadapan mata para pencinta. Cukup sekadar menonton aksi menerusi paparan elektronik sudah memadai untuk ‘memukau’ jutaan manusia di seluruh dunia. Setiap mata begitu takut untuk berkelip terutama ketika aksi serangan dilakukan, semata-mata khuatir akan terlepas aksi menjaringkan gol. GOOOOOL!!! Itulah kata-kata yang mengakhiri sebuah penantian. Saat yang paling dinanti-nanti! Kata-kata yang menggembirakan hati musuh-musuh Allah dikala melihat dan mendengar ianya dilaungkan oleh umat Islam. Alangkah mulianya jika kaum Muslimin melaungkan takbir penyatuan dan kebesaran Allah, ALLAHU AKBAR!!!, di kala melihat kekejaman yang dilakukan oleh kaum kuffar ke atas saudaranya. Kata-kata yang paling dibenci dan ditakuti oleh musuh-musuh Allah. Itulah saat yang paling digeruni oleh Barat, apabila kaum Muslimin bangkit dari kealpaan mereka dan melafazkan apa yang pernah Rasulullah lafazkan!
Hari ini, topik perbincangan umat Islam telah bertukar. Di mana sj orang bercakap tentang bola, dari kedai kopi hinggalah ke pejabat menteri. ’Jatuh standard’ sekiranya tidak ikut serta dalam perbincangan, apatah lagi jika tidak mengetahui perkembangan-perkembangan terkini tentang perlawanan. Kejadian-kejadian lain yang menimpa umat Islam sudah tidak lagi menarik perhatian. Hidangannya telah basi dan perlu diketepikan, jika pun tidak dibuang. Gempa bumi di Indonesia, peristiwa pembunuhan di Iraq, Afghanistan, penghinaan ke atas Al-Qur’an, penghinaan ke atas Rasulullah dan banyak lagi peristiwa lainnya semakin pudar dari ingatan. Yang perlu diingat sekarang ialah keputusan-keputusan perlawanan terkini untuk menentukan pasukan mana yang akan menjadi juara. Inilah yang paling dinanti – kemuncak kepada segala kealpaan.
Wahai kaum Muslimin! Jangan sekali-kali kamu terpukau dengan ’sihir’ baru ini sehingga melupakan kewajiban kamu, melupakan nasib yang menimpa saudara kamu. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menafikan seseorang itu sebagai sebahagian dari kaum Muslimin jika dia bangun pada pagi hari dan tidak menghiraukan apa yang telah berlaku ke atas saudara-saudaranya. Sabda baginda ;
“Siapa sahaja yang bangun di pagi hari dan perhatiannya adalah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk sebahagian daripada mereka (kaum Muslimin)”
[HR Hakim dan al-Khathib dari Hudzaifah ra]
Walaubagaimana pn apa pandangan Islam tentang sepak bola ni? Berikut adalah beberapa pendapat ulama mengenai bola sepak. Dalam kitab Musytaq fi Hukmil Lahwi wal La’bi was Sibaq di sebutkan, “Para ulama syafiah telah mempersetujui permainan bola sepak, dgn syarat tiada unsur pertaruhan. Dengan demikian, hukum bermain bola sepak adalah boleh, jika dilakukan tanpa taruhan atau judi.
As-Sayyid Ali Al-Maliki dalam kitabnya Buluqhal Uminiah halaman 224 menjelaskan, “dalam pandangan syariah, hukum bermain bola sepak secara umum adalah boleh dengan dua syarat. Pertamanya, bola sepak harus bersih dari unsur judi. Kedua, permainan sepak bola diniatkan sebagai latihan ketahanan fizikal dan mental para pemain tetapi haruslah tidak mengabaikn tangunggjwb ibadah kpd Yg Maha Esa.
Syekh Abu Bakar Al-Jaizairi dalam karyanya Minhajul Muslimin hal 315 berkata, “Bermain bola sepak boleh dilakukan dengan syarat meniatkannya untuk daya tahan tubuh, tidak membuka aurat (iaitu peha dan lainnya), serta si pemain tidak menjadikan permainan tersebut alasan utk tidak solat. Selain itu, permainan tersebut harus bersih dari gaya hidup mewah yang berlebihan, perkataan buruk dan ucapan sia-sia, seperti celaan, cacian dan sebagainya.”
Kemuadian, bagaimana hukum kita sbg penonton? Menonton atau menyaksikannya juga dibolehkan, tentu dengan syarat-syarat syariat Islam. Seperti, menyaksikan pertandingan tersebut bersih dari taruhan, tidak membuka aurat, tidak iktilat (campur-baur antara laki-laki dan perempuan), tidak diiringi dengan minuman keras dan tidak melanggar norma-norma agama lainnya.
Dengan demikian, jelaslah hukum dari pemainan sepak bola itu. Hal ini menunjuk bahawa agama Islam telah mengatur segala bentuk kehidupan manusia, Allah SWT berfirman,
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai jadi agama bagimu..."(QS. 5:3)
Walaubagaimanapn egt la wahai umat Islam bersedehanalah kamu dlm apa jua yg kamu perlakukn. Jgn kamu berlebihan pd pkerjaan dunia mu melainkn dlm hal mencari keredhaan Allah S.W.T. Ingatlah akan firman Allah,
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dimintai pertanggungjawabannya"
[TMQ Al-Israa':36].
0 comments:
Post a Comment