HALWA TELINGA

Tuesday, August 9, 2011


Bulan ramadhan bulan yang mulia,
bulan rahmat dan bulan berkat,
bulan kebajikan pahala berganda,
bulan keampunan doa diterima,
bulan keampunan doa diterima..

bulan ramadhan quran diturunkan,
utk panduan hidup manusia,
di dalamnya ada lailatul qadar,
kebaikan dibuat lebih dari seribu bulan..

bulan ramadhan pintu neraka di tutup,
mereka yang diazab kubur direhatkan,
iblis dan syaitan kakinya dirantai,
sebagai memuliakan bulan ramadhan..

berlumba-lumbalah mencari keredhaan,
puasa di siang hidupkan malam,
banyakkanlah doa lebihkan sedekah,
kawal diri drpd dosa-dosa,
banyakkanlah doa lebihkan sedekah,
kawal diri drpd dosa-dosa..

beritikaflah kesepuluh akhir ramadhan,
jika ada peluang masa pun ada,
kerana ialah sunat yang digalakkan rasulullah tidak pernah meninggalkan,
kerana ia sunat yang digalakkan rasullulah tidak pernah meninggalkan,
ramadhan ramadhan ramadhan…. bulan rahmat


Bulan Ramadhan bulan yang berkat,
Bulan rahmat dan bulan utama,
Pahala digandakan, doa diterima,
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa,
Isilah bulan ini, banyakkan amalan,
Beribadah malam, siang berpuasa,
Banyakkanlah sedekah jangan dikira,
Moga ia menjadi penebus dosa,
Membaca Al-Quran jangan dilupakan,
Zikir dan Tasbih elok disertakan,
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara,
Agar Ramadhan tidak sia-sia…

Hindarkanlah dosa di setiap anggota,
Kalau boleh dosa hati jua,
Kerna dosa itu merosakkan pahala,
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan,
Isilah Ramadhan dengan sebaiknya,
Kerna ia datang setahun sekali,
Tahun hadapan belum tentu jumpa,
Kerna kita mati bila-bila masa..


║▌│█│║▌║││█║▌║║▌║║▌││║▌║││█║▌║█║▌║

0 comments: