Sejarah Hari Raya Aidilfitri
SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam
menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang
lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat
‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik
kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan
kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh
kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut
hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.
Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan
aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”
Pada
pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke
masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan
ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat
handai.
Perlu
diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih
atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna
Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya
seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal
dan kuih muih terlalu banyak.
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."
Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
Konsep
hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang
ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh
membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi
agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam
kemewahan.
Sepatutnya
rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang
mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.
Satu
lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian
duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui
konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya
berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi
duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka
buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.
Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah.
Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan
yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf
yang ditetapkan syariat.
Jika
Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat
beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh
menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di
sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita
tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.-wallahu-
0 comments:
Post a Comment