0 DOA MEMULAKAN TUGAS

Thursday, May 26, 2011
Salam..Mulakan hari kamu dengan doa ini sebelum memulakan sebarang pekerjaan..samada di pejabat di sekolah atau di mana saja..Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa..InsyAllah..

“ Ya Allah ! Ya Tuhan kami, 
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan 
daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari 
kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni 
kami.”  

“ Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak 
langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari 
insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang 
kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik 
kepada yang lebih baik.”  

“ Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan 
kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. 
Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus 
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan 
untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. 
Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh 
keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

“ Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim! 
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa 
yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, 
berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam 
menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami 
tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga 
pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan 
usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke 
dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu 
jua Ya Allah!”  

“ Ya Allah Ya Robbul Alamin ! 
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan 
peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan 
dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat- 
sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. 
Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , 
kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat- 
sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan 
membuang masa.”  

“ Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang 
menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami 
yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di 
mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami 
sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”  

0 WHO R U?

Assalamualaikum salam alaik para sahabatº, Abang¹, Kakak², Adik³, Sedara Sedari sekalian tahukah kita?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, "Inna lillahi wainna illahi rajiuun". Lalu sambil berkata, " Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa  amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.

Siapakah orang yang bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiarkan e-mail ini begitu sahaja, malah dia akan membaca dan memahami lalu menyampaikan pula kepada orang lain

0 :: SYAITAN & PINTU HATI MANUSIA ::

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera salam pagi yg sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Sayup² kedengaran bunyi² kenderaan dan air akuarium di rumah ku ini..Sy kembali pagi ini dengan topik yang dah selalu sangat dah kita dengar tapi dok buat jugak.. -|^_^|-

Ku merenung dan ku berfikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba² ku dapati sang syaitan memasukinya dari 10 pintu yg ku open dengan rela hati..

Pertama : BURUK SANGKA

Lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN²

Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga : CINTAKAN NIKMAT

Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk. 

Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI

Lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri segala nikmat pemberiaan Ilahi dan takutkan balasan seksaan-NYA.

Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA

Lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam : HASAD DENGKI

Lantas aku menghadapinya dengan sifat Qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah S.W.T.

Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA

Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan : BAKHIL

Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allah S.W.T lah yang akan kekal buat selama²nya.

Kesembilan : TAKABBUR

lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh : TAMAK

Lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS SEGALA TIPU DAYA MUSLIHAT MUSUH-MUSUH-NYA (SYAITAN & IBLIS & NAFSU), INSYAALLAH..