NUZUL QURAN

Wednesday, August 17, 2011
17 ramadhan merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Peristiwa apekah yang di mksudkan? Tak lain tak bkn sudah tentu Nuzul Quran atau dgn nama lain Al-Kitab, Al-Furqan dan mcm² lg nama di beri. Apakah cerita disebalik Nuzul Al Quran? Mesti ramai yang dah tahu dan kemungkinan ramai yang tidak tahu disebalik peristiwa Nuzul Al Quran.Meh kita baca.|^^|

Umumnya :

Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)  

Sejarahnya :

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al Quran Nabi Muhammad s.a.w. yang pertama kepada hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Sebenarnya banyak kisah yang tidak dapat disangkal dengan akal fikiran kita dengan kemukjizatan Al Quran. Sebenarnya kitab Al Quran telah dijadikan satu kitab sebelum diberikan kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al Quran diwahyukan selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Dalam setiap tahun Rasulullah akan ketemu Malaikat Jibril dan membacakan bacaan Al Quran dihadapan Malaikat JIbril.


Untuk pengetahuan semua, pada awalnya Allah S.W.T menempatkan keseluruhan Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika ini, Tuhan sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaanNya dengan menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan akan kemuliaan Al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam FirmanNya yang bermaksud :

Bahkan ia adalah Al Qur’an yang tertinggi kemuliaannya,(lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Luh Mahfuz
.Surah Al-Buruj, 21-22

Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu Malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan. Hal ini tercatat dalam firmanNya iaitu :


Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk dan pembeza
.Surah Al-Baqarah, 185

Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah itu Lailatul Qadar. Ia lebih baik dari 1000 bulan.
Surah Al-Qadar, 1- 3

Ia kemudiannya diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulullah di Gua Hira’, tepatnya ketika Baginda berusia 40 tahun.


Ibnu Abbas menyatakan: Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.  

Definisi Nuzul Quran 
Nuzul bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Kehebatan al-Quran:  

  1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88) 
  2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. 
  3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. 
  4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23). 
  5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi s.a.w. 
  6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat. 
  7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)
  8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”  
Tuntutan al-Quran:  
  1. Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  2. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya. 
  3. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan. 
  4. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.  
Peringatan:  

  1. Al-Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan. 
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. 
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. 
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. 
  5. Pesan Nabi s.a.w: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis). 
wallahualam... 
 
 
-Halwa Telinga Sambil Membaca-

2 comments:

pai manis Says:
August 18, 2011 at 1:00 AM

interesting :)
cekgu! susah nawwww nak post komen :D

Unknown Says:
August 18, 2011 at 1:03 AM

haha..ala org xd nk komen pn..tu yg malas nk tuko tu~ interesting tu interesting gk..nk kongsi ilmu je..