Penghujung Ramadhan

Tuesday, August 23, 2011
Alhamdulillah..sedar ta sedar kita sudah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan 1432H/2011M. Aku rasa mcm sgt sekejap masa yg berlalu rasa belum lg puas 'enjoy' nikmat ramadhan tgk² da 10 malam terakhir dh. Adoi! masa betul² cemburu dgn kita. Dh la setahun sekali, thn dpan blum tentu harap² dpt la kita ketemu lg ye Ramadhan..Pray for it! hihi~ 

So back to the topic today, bln ramadhan ni penuh keberkatan dan kerahmatan Allah S.W.T kurniakn kpd kita beruntung weh. Buat amalan 1 ganda 10, siang malam dpt pahala bln lain mana nk dpt kn. P cari mai bln² lain yg boley sama mcm bln ni. Di bln ni masjid seluruh kt muka bumi ni penuh dgn manusia, bln lain xdpt kot kalo ada pn tok imam tok bilal n tok siak jelah huhu bkn kata korg aku sndiri pn blum tentu pegi masjid bln² lain. Bkn malas tp besa la kita manusia xabes² dgn kerja dunia blik je da mlm letey tido kn. Tp alhamdulillah bln ni yg malas yg xpnh p masjid pn dtg masjid syukur harap dpt beterusan la perubahan ni. Aku nasihat bkn utk korg je malah utk diri aku sndiri. Jd kn ramadhan kali ni motivasi utk memantapkn lg keimanan kita kpd Allah S.W.T.amin..

Ok cukup xmo gebang pnjg dlm entry kali ni aku nk bw korg n diri aku sndri menyelami kehebatan n kelebihan 1 pengkurniaan Allah S.W.T kpd kita umat Muhammad S.A.W yg mana umat lain xdpt yg mana bila kita maka sgt beruntunglah kita. It's not imposibble to achieve! cewah speaking jp. Korg musti da tawu kn jahil² kita pn bila ckp tentang Malam 1000 Malam ni bdk 10 thn pn tahu. Kita beranak² tu da dgr da mak ayah dok sebut psal ni. P sek plak ustaz² ustazah² dok bgtaw kn. Hadiah terbesar dr Maha Pencipta Malam Lailatul Qadar sape tak nak mmg rugi la.

Sebagai mukmin sejati seharusnya kita semakin menggiatkan diri beribadah khususnya di seluruh 10 malam terakhir ini, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! MasyaAllah untungnya kalo jd mlik kita. Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W sndiri mengasingkan diri baginda dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil menjadi tauladan kpd para Sahabat R.A.

Malam Lailatul Qadar
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.
Sempena 10 malam terakhir ni marilah sama² kita memeriahkan malam kita dengan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dan semoga kita diberi peluang untuk bertemu dengan malam seribu bulan. insyaallah..
Rasulullah s.a.w bersabda, Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.Riwayat Bukhari.
Diantara ibadah-ibadah yang selalu di amalkn ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan 

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.


2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) 
yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.


3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.


4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.


5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.


6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.


7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.


8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.


Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmat, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.Sekian!

0 comments: