Setiap hari kita pasti mendapat perkhabaran tentang kematian yang meragut nyawa manusia di mana saja dengan pelbagai sebab yang berbeza. Sesungguhnya kematian itu satu kepastian yang akan menghampiri setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini.
Namun, secara umum pembicaraan mengenai kematian bukan sesuatu yang menyenangkan. Bahkan naluri manusia cenderung ingin hidup seribu tahun. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al Baqarah: Ayat 96).
Pelbagai faktor yang mempengaruhi kita takut akan kematian. Apabila di tanya kepada manusia tentang kematian, maka pelbagai jawapan dan padangan akan kita terima. Pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri tentang kematian? Kita manusia tidak mampu mengetahui hakikat kematian kerana ia satu daripada persoalan ghaib paling besar.
Sungguhpun demikian, apabila melihat bagaimana kematian meragut nyawa manusia yang hidup, terutama orang paling dekat dan dicintai, seseorang itu semakin terdorong untuk mengetahui hakikatnya, atau paling tidak ketika itu terlintas dalam benaknya suatu hari nanti mereka juga akan merasai kematian.
Manusia memahami kematian tidak memilih usia atau tempat. Ia juga tidak boleh ditangguhkan sehingga semua keinginan dipenuhi. Kematian boleh menimbulkan ‘cemas’ apatah lagi bagi mereka yang menganggap hidup di dunia hanya sekali.
Islam mengajar ada kehidupan sesudah kematian. Kematian adalah yang awal daripada suatu perjalanan panjang dalam kehidupan manusia. Selepas itu mereka akan memperoleh kehidupan sama ada dengan pelbagai kesenangan atau pelbagai seksaan.

Kematian tidak dapat ditolak seperti kehidupan permainan dunia yang boleh kita terima dan tolak. Mau atau tak, kematian pasti terjadi. Kita tidak dapat lari atau bersembunyi dari kematian. Allah telah menjelaskan dalam QS Al Jumu'ah {62}:8
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
Dasyatnya Kematian itu.
Kematian bukanlah hal yang mudah ataupun bukan sesuatu yang selalu indah. Seperti halnya pendapat dan angan² yang kita bayangkan dalam benak sanubari kita. Bahkan banyak ayat² Al-Quran dan hadis Rasul yang menyatakan bahwa kematian adalah sesuatu yang menyakitkan. Sebagaimana firman Allah dalam QS Al-An’am {6}:93
Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan² sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.
Dalam hadis shahih, Rasullah S.A.W telah bersabda:
Sabda Rasulullah S.A.W : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi).
Sabda Rasulullah S.A.W : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menacap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bahagian kain sutera yang tercobek ?” (HR Bukhari).
Tanda² Akan Kematian itu.
Tanda² kematian mengikut ulama' adalah benar, cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda² ini. Rasulallah S.A.W diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda² ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat² ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah S.W.T. Walaubagaimanapun semua tanda² ini akan berlaku kepada orang² Islam sahaja manakala orang² kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah S.W.T.
Tanda² ini di bahagikan kepada beberapa keadaan :

-Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
-Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
-Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
-Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
-Tanda 1 hariAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
-Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

SESUNGGUHNYA marilah kita kembali ke jalan yang benar, bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga dengan izinNya kita tergolong di antara orang² yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda² ini agar kita dapat bersedia dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan duniawi kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah S.W.T yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Akhir kata semoga di buka pintu hati kita dan di campakkan hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT ke dalam nya serta di lapangkan masa dan disihatkan tubuh badan dan juga fikiran kita dalam usaha untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
WALLAHUA`LAM ....

0 comments:
Post a Comment