Osama Laden

Saturday, May 14, 2011

"Osama bin Laden, the criminal mastermind behind al-Qaida and the world's most sought-after terrorist since the attacks of 11 September 2001, has been killed by a US operation, President Barack Obama has announced.
In an address to the nation, President Barack Obama said Bin Laden was killed in a 'targeted operation' in Abbottabad, a highland town north of Islamabad, last night."

1 Mei 2011 – Dunia di kejutkan dengan berita tergempar apabila saluran televisyen di Bilik Timur di White House Presiden Barack Obama telah membuat pengumuman bahawa Osama Bin Laden atau nama sebenarnnya Osama Bin Mohamed Bin Awad Bin Laden telah terbunuh dalam pertempuran bersama pengikutnya dengan tentera komando Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh CIA melalui serangan 4 helikopter. Osama dilaporkan telah ditembak dibahagian kepala. Beberapa orang termasuk anak-anaknya dan seorang wanita telah ditahan semasa serbuan dilakukan. Bagaimanapun tiada rakyat As yang cedera dalam serbuan tersebut. Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang terkorban itu adalah milik Osama.


Mayat Osama menurut laporan agensi berita Associated French Press (AFT)  telah dibawa keluar dari Pakistan dan dikebumikan di  laut, walaubagaimanapun masih tidak diketahui pihak mana yang menguruskan proses pengebumian mayat Osama. Apa² pun kesahihan hidup atau mati hamba Allah ini hanya Allah S.W.T sahaja yg Maha Mengetahui.

Sibuk² bercakap mengenai Osama Bin Laden kenalkah kita siapa sebenarnya beliau? Di sini saya kongsikan sedikit prefix & affix beliau.

Osama Bin Laden atau Osama Bin Mohamed Bin Awad Bin Laden dilahirkan di Riyard, Arab Saudi pada 10 Mac 1957, bapanya berasal dari Yaman dan ibunya berasal dari Syria yang bernama Hamidah al-Attas iaitu isteri kesepuluh. Ayahnya, Mohammad Bin Laden menubuhkan sebuah syarikat pembinaan dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Arab Saudi. Syarikat Bin Laden banyak diberi projek seperti Pembinaan semula masjid di bandar-bandar suci Mekah dan Madinah. Hubungan yang terjalin antara syarikat Bin Laden dengan kerajaan Arab Saudi telah menjadikan sebuah syarikat yang terkemuka. Syarikat Bin Laden pernah meminjamkan wangnya kepada kerajaan Arab Saudi untuk membayar gaji kakitangan awamnya yang ketika itu kerajaan Arab Saudi kekeringan dana.

Osama dibesarkan sebagai seorang muslim yang taat kepada Islam. Dari tahun 1968 hingga 1976 ia menghadiri sekolah "elite" Al-Thager School. Osama mempelajari ekonomi dan pentadbiran perniagaan di King Abdul Aziz Universiti pada 1979. Beliau tidak pernah menamatkan pengajian sarjananya, walaupun "bekerja keras." Di universiti, kepentingan utama Osama adalah agama, di mana ia terlibat dalam kedua-dua "menafsirkan Al-Quran dan Jihad, beliau juga menulis puisi. Pada 1974, dalam usia 17 tahun, Osama mengahwini isteri pertamanya yang bernama Najwa Ghanem di Latakia. Menurut koresponden keselamatan negara CNN David Ensore, sejak tahun 2002 Osama telah berkahwin empat wanita dan ayah dari sekitar 25 atau 26 anak-anak.


Ayahnya, Muhammad bin Laden, terbunuh pada tahun 1967 dalam suatu kemalangan kapal terbang di Arab Saudi. Abangnya, Salem Bin Laden, dibunuh pada tahun 1988 ketika dia sengaja terbang pesawat ke powerlines berhampiran San Antonio, Texas, Amerika. FBI menggambarkan Osama bin Laden sebagai tinggi dan kurus, antara 6'4 "dan 6'6" (193-198 cm) dan berat sekitar 165 pon (75 kg). Wawancara dari Lawrence Wright, menggambarkan beliau sebagai cukup ramping, tapi tidak terlalu tinggi. Ia memiliki kulit zaitun dan kidal, biasanya berjalan dengan tongkat. Dia memakai serban putih polos dan tidak lagi memakai topi laki-laki Saudi tradisional. Dalam hal keperibadian, bin Laden digambarkan sebagai seorang sopan dan lembut.

Osama percaya bahawa undang-undang Syariah menetapkan perkara yang benar di dunia dan ideologi lain seperti sosialisme, komunisme, demokrasi ala barat harus ditentang. Keyakinan ini, bersama-sama dengan jihad yang luas luas atau disebut Qutbism (ideologi Sayyid Quthb) Dia percaya Afghanistan di bawah pemerintahan Mullah Omar dan Taliban adalah "Islam satu-satunya negara" di dunia Muslim (tuduhan barat) . Osama konsisten dengan jihad yang beliau percaya adalah ketidakadilan terhadap umat Islam yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan kadang-kadang oleh negara-negara bukan Islam yang lain. Perjuangannya juga untuk melenyapkan negara haram Israel dan Amerika patut berundur dari Timur Tengah dan juga negara umat Islam yang lain. Dia juga meminta Amerika untuk "menolak tindakan tidak bermoral dari percabulan, homoseksual, minuman keras, perjudian dan riba , pada surat yang dihantarnya kepada pihak Amerika pada Oktober 2002.

Ini adalah serba sedikit tentang Osama Bin Laden yang mana selepas kesyahidan beliau, semua pemimpin baik dari Amerika, Barat, negara umat Islam dan tidak terkecuali Najib One Malaysia telah menyalahkan 100% segala kematian orang awam dilakukan oleh Osama. Mereka tanpa rasa segan dan malu menyatakan bahawa dunia akan aman selepas kesyahidan Osama. Bagi saya sendiri ini adalah 'statement' yg salah sama sekali. Siapakah kita untuk menilai beliau sebegitu sedangkan kita tahu dia berjuang di jalan Allah S.W.T. walaupun cara beliau salah atau tidak hanya Allah yg Mengetahui. Sepatutnya kita sebagai sedara se-Islam setidak² nya membantah penghinaan barat ke atas beliau dia mana mayatnya di buang di dasar laut. Hakikatnya, pengganas yang sebenar ialah Amerika dan sekutu baratnya tetapi adalah Najib One Malaysia sanggup menyanggah atau menentang tindakan jahat Amerika itu. Seorang Osama gugur syahid, akan lahir beribu lagi Osama selagi dunia ini berada didalam genggaman Amerika dan sekutu-sekutu laknatullahnya.Sekian!


0 comments: