لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Firman Allah S.W.T.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu
yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka
tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)
KATA orang alam perkahwinan memang indah dan manis. Perkara itu benar jika
ia diisi dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah.Dalam hal ini,
remaja yang hendak berumah tangga perlu menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan
supaya dapatmenjadi suami atau isteri yang baik. Perkara itu penting kerana
kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga dapat menjamin keluarga sakinah.
yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka
tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)
KATA orang alam perkahwinan memang indah dan manis. Perkara itu benar jika
ia diisi dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah.Dalam hal ini,
remaja yang hendak berumah tangga perlu menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan
supaya dapatmenjadi suami atau isteri yang baik. Perkara itu penting kerana
kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga dapat menjamin keluarga sakinah.
Institusi perkahwinan adalah amanah Allah dan tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan sebaiknya. Dalam institusi ini tersurat dan tersiratrahsia dan beban tanggungjawab dan medan menyemai perasaan kasih sayang. Ia juga ruang untuk menyalurkan tuntutan nafsu syahwat secara halal serta mengeratkanikatan mawaddah dan rahmah antara kedua-duanya.
Firman Allah bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kebesaran dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (sakinah) dan hidup mesra dengannya. Dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi keterangan yang mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21).
Sakinah atau ketenangan hidup berumah tangga akan wujud dan mekar sekiranya bahtera hidupnya berlandaskan ajaran Islam sebenar. Islam mengajarkan umatnya memilih jodoh terlebih dulu menerusi pertunangan. Ia adalah permulaan sebelum mendirikan rumah tangga. Pemilihan bakal pasangan perlu mengambil kira faktor pasangan yang mempunyai harta, keturunan baik,kecantikan dan berpegang teguh kepada agama. Peranan memilih pasangan hidup yang baik bukan hanya hak mutlak lelaki walaupun kebiasaannya lelaki membuat pinangan. Pihak wanita juga mempunyai hak untuk memilih pasangannya berdasarkan ciri itu.
Selepas mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri tertakluk kepada peraturan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Tanggungjawab paling utama suami ialah memberi nafkah kepada isterinya secara zahir atau batin sama ada isterinya bekerja atau tidak. Nafkah itu meliputi perbelanjaan keluarga, makan minum, pakaian dan tempat tinggal serta keselamatan dan perlindungan. Pemberian nafkah perlu berdasarkan kemampuan suami. Firman Allah bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan sesiapa yang disampaikan rezekinya, maka hendaklah memberi nafkahdaripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan, hendaklah ingat) Allah akan memberi kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (Surah at-Talaq, ayat 7)
Dalam hal perbelanjaan nafkah keluarga, bagi isteriyang bekerja pula harus mempunyai sikap terbuka dan bertolak ansur dalam membantu suami agar pengurusan keluarga berjalan dengan baik dan lancar. Sumbangan isteri kepada keluarga adalah sedekah yang akan dibalas oleh Allah. Toleransi isteri adalah sifat yang amat dituntut dalam Islam kerana dapat memberi motivasi kepada suami agar berusaha gigih mencari rezeki lebih bagi menampung keperluan keluarga. Isteri yang mempunyai pendapatan lebih daripada suami wajar mengelakkan diri daripada sikapmenunjuk-nunjuk atau berlagak sombong dan boros. Perkara remeh atau di luar kemampuan suami juga tidak perlu dibangkitkan. Hal ini akan menyebabkan suami tidak senang dengan sikap itu. Ia juga akan membangkitkan kemarahan yang akhirnya merenggangkan ikatan perkahwinan. Hak wanita yang wajib ditunaikan oleh suami adalah menyempurnakan atau memberi mahar (mas kahwin) sebagai penghargaan kpd isterinya yang sudi menerimanya sebagai suami. Firman Allah bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan sesuka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.” (Surah an-Nisa', ayat 4).
Antara hak isteri yang menjadi tanggungjawab suami melaksanakannya adalah memberi layanan baik(mua'syarah yang makruf) dan saling menghormati antara satu sama lain. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik sebagai suami dalam memberi layanan kepada isteri-isteri dan ahli keluarga Baginda. Sabda Baginda bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Tanggungjawab berat suami ialah membimbing isteri serta ahli keluarganya dengan memberi pendidikan mengenai perkara agama dan berkaitan dengan urusan keduniaan. Ia agar mereka sentiasa patuh dan taat dalam melaksanakan perintah Allah. Suami sebagai pemimpin dalam keluarga perlu memainkan peranan utama agar perjalanan hidup bersama keluarganya mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah. Firman-Nya bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya, manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya),mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala apa yang diperintahkan.” (Surahat-Tahrim, ayat 6) Penegasan Allah ini adalah ingatan agar suami menjalankan amanah menjaga keluarganya supaya mereka sentiasa di jalan yang lurus. Allah memberi pengiktirafan kepada isteri yang solehah jika memenuhi dua sifat terpuji iaitu :-
Patuh atau taat kepada suami dan taat dalam melaksanakan perintah agama. Ketaataan kepada suami penuh dengan ketulusan hati akan menarik dirinya menghidu bau syurga Allah di akhirat kelak. Memelihara kehormatan diri dengan tidak berlaku curang terhadap suaminya. Isteri juga wajib memelihara rumahtangga yang dibina bersama suaminya dengan merahsi akan hal ehwal rumah tangga daripada pengetahuan umumKepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islamhari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak²Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suamiisteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubunganantara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.


0 comments:
Post a Comment